Permudahkan Muhyiddin jadi PM, PAS seru rakyat buat solat hajat & bacaan Yasin

    77

    Tular sebuah poster memaparkan seruan PAS kepada rakyat Malaysia untuk mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

    Menerusi poster yang dimuat naik oleh pengguna @harakahdailyHD di laman Twitternya, terdapat kenyataan yang mengajak orang ramai untuk menunaikan solat hajat dan juga bacaan yassin.

    “Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah Yasin di markas atau tempat masing-masing,” tulis kenyataan pada poster itu. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa orang pemimpin tertinggi gabungan antara PAS dan Perikatan Nasional (PN) termasuklah Tan Sri Hadi Abdul Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam poster terbabit.

    Sehingga kini, tiada lagi jawapan siapa yang bakal menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 apabila Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

    Tegasnya, dia membuat keputusan berkenaan kerana mempunyai prinsip sejak dulu untuk tidak bekerjasama dengan PH.

    Sumber: Twitter @harakahdailyHD, mStar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here