Beza usia 33 tahun, Wanita Tak Kisah Suamikan Kerja Pemotong Rumput Yang Penting Dia…

    136

    Jodoh dan pertemuan itu adalah semua ketentuan Allah. Tua atau muda, perbezaan usia bukanlah satu penghalang buat pasangan untuk membina mahligai bersama. Apa yang lebih penting adalah hati dan penerimaan kekurangan dan kelebihan pasangan bagi memastikan rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa gambar mengenai kisah pertemuan dan perjalanan selepas sah bergelar sebagai suami isteri.

    Menceritakan kembali detik percintaan mereka, wanita yang lebih dikenali sebagai Sodea itu memaklumkan keluarganya telah mengetahui hubungan mereka dan telah mengenali suaminya pada tahun 2015.

    Difahamkan, Sofea telah mendirikan rumah tangga sewaktu usia 17 tahun manakala suaminya pada ketika itu berusia 50 tahun. Meskipun perbezaan umur sebanyak 33 tahun, ia bukanlah menjadi asbab dan penghalang buat mereka untuk menjalinkan percintaan dan sanguup bersusah senang bersama-sama.

    Bukan itu sahaja, Sofea telah mengambil keputusan untuk mula membuat perniagaan secara kecil-kecilan bagi membantu suaminya yang hanya bekerja sendiri iaitu memotong rumput dan mengecat bangunan.

    Malah, Sofea memberitahu dia dan suami menggunakan sebuah basikal untuk berjalan-jalan pada setiap petang namun rezeki Allah itu luas, mereka dapat membeli sebuah motorsikal selepas tiga tahun perkahwinannya.

    Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dan menyifatkan suaminya itu tidak kelihatan tua walaupun mempunyai jarak usia yang jauh. Malah, netizen turut mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli itu kekal bahagia hingga ke syurga dan segala urusan dipermudahkan kelak.

    Sumber: TikTok @nssrmrm

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here