Iqbal Nampak Sesuai Dengan Sahabat Baik, Netizen Minta Cari Yang Macam Ni…

    88

    Sebelum ini, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli kerap menjadi bualan netizen gara-gara memuat naik beberapa gambar bersama pelakon jelita, Wafariena Roslan sehingga menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan sesuai serta sepadan bersama untuk menjadi sebagai pasangan.

    Namun begitu, disebalik reaksi yang diberikan oleh netizen, nampaknya Wafariena tidak selesa dengan gosip dan publisiti murahan tersebut malah ibu aktres itu ada meluahkan rasa kekecewaannya terhadap Iqbal.

    Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iqbal di laman Instagramnya baru-baru ini, dia telah menyambut ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang bernama Erysha Emyra.

    Difahamkan juga, sahabat baiknya itu merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Datin Seri Noniswara dan mereka telah menyambut bersama-sama di sebuah restoran. Dalam video itu, kelihatan Iqbal membeli seutas gelang emas dan kek hari jadi khas buat Erysha.

    “Meraikan ulang tahun kelahiran sahabat saya, Erysha Emyra. Jarang sekali saya menyambut hari ulang tahun kelahiran, kali ini bersama anakanda Datin Seri Noniswara, pelakon dan juga sahabat saya.

    “Semoga ikatan silaturrahim kita bertambah erat. Menjadi sahabat dunia akhirat. Terima kasih Datin Seri Noniswara dan keluarga Erysha sudi jemput saya. Semoga Erysha terus maju dan gapai segala impian yang terhasrat. Terus berdiri dengan hati yang baik dan disayangi ramai orang. Doakan kebaikan buat mereka ya?” ujarnya.

    Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Iqbal dan Erysha sesuai untuk menjadi pasangan kerana dilihat sama cantik dan sama padan.

    Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang mendoakan agar mereka dijodohkan bersama dan berharap rezeki usahawan 28 tahun itu sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

    Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here