Cuma pakaian biasa di pulau, penerbit filem tiada niat & singgung perasaan Ramai!

    277

    Filem terbaharu berjudul Pulau yang bakal ditayangkan di pawagam pada Mac nanti mencetuskan kontroversi apabila ia membabitkan babak ‘panas’ dalam naskah berkenaan.

    Pun begitu, syarikat penerbit Pulau, WebTVAsia menjelaskan pihaknya tidak mempunyai niat untuk menghina atau menyinggung perasaan sesiapa susulan bualan hangat yang melibatkan babak ‘panas’ tersebut.

    Pengasasnya, Fred Chong berkata, orang ramai tidak wajar menghukum filem tersebut hanya berdasarkan klip promosi yang dipaparkan di media sosial tanpa melihat keseluruhan kandungan filem.

    “Apa yang dilihat melalui trailer tersebut cuma satu peratus daripada keseluruhan kandungan filem.
    “Jadi, saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem penuh yang bakal keluar pada 9 Mac ini,”katanya.

    Tambahnya lagi, barisan pelakon hanyalah memakai pakaian seperti mana biasa dipakai oleh mana-mana individu pergi bercuti ke pulau.

    “Pemakaian pelakon pula adalah bertepatan dengan cara pemakaian di pulau,”jelasnya.

    Terdahulu, trailer filem Pulau mencetuskan kemarahan ramai termasuk pemimpin PAS yang didakwa mempunyai unsur lucah dan ‘soft porn’ serta tidak sesuai ditayangkan di Malaysia.

    Selain itu, mereka turut mempersoalkan bagaimana filem berkenaan mampu melepasi saringan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana mengandungi kandungan tidak bersesuaian seperti pemakaian wanita berbikini, lelaki tidak berbaju serta babak berpelukan dan bercium.

    Sumber: Malaysiakini (Nadia Azam)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here