Da’i Syed kongsi video menari dengan isteri, gambar wajah di dinding jadi perhatian

    89

    Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sememangnya kerap berkongsi kemesraan dengan isteri di media sosial.

    Kali ini, pendakwah berusia 28 tahun itu telah memuat naik video menari dengan isterinya, Hana Ismail di ruangan rumah.

    Dalam kapsyen yang disertakan dia berseloroh mengatakan selepas menari ada adegan persis WWE merujuk kepada gurauannya dengan isteri.

    Dalam perkongsian tersebut, jelas kelihatan yang mereka begitu bahagia apabila tersenyum dan ketawa bersama sewaktu membuat konten berkenaan.

    Namun, ramai yang lebih memerhati gantungan gambar yang ada di dinding rumah Da’i Syed kerana terlihat begitu besar.

    Ada juga mempertanyakan hukum berkenaan memaparkan gambar ‘hidup’ kerana ada kenyataan mengatakan malaikat tidak akan masuk ke rumah yang mempunyai gambar sebegitu.

    Walau bagaimanapun, Da’i Syed telah menjelaskan hukum sebenar menggantung gambar bernyawa di rumah apabila mengatakan hukumnya adalah harus manakala haram jika ia digunakan untuk mengangungkan untuk sembahan dan gambar yang dilukis.

    Perkongsian-perkongsian Da’i Syed bersama isterinya Hana sememangnya kerap menjadi sorotan netizen kerana pelbagai kerenah ditunjukkan sehingga ada diantara mereka berasa muak.

    Namun begitu, ada juga yang menganggap perkara tersebut tidak salah kerana mereka hanya menunjukkan rasa bahagia selepas sah bergelar suami isteri.

    Sumber: TikTok @daisyed

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here