Dalam diam sudah berpunya! CEO Batu selamat bertunang dengan pilihan hati

    84

    Nama influencer, CEO Batu tak asing lagi di media sosial. Mana tidaknya, dia dikenali ramai dengan menghasilkan video merantau hampir di seluruh negeri di Malaysia selepas di cabar oleh netizen.

    Namun begitu, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Eiza Ezaty di laman TikToknya, kelihatan dia bersama CEO Batu berada di atas pelamin telah berjaya menarik perhatian ramai.

    Dalam video tersebut, Eiza bersama CEO Batu dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dan rata-rata netizen tidak menyangka influencer tersebut rupanya dalam diam sudah berpunya.

    Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa teruja dan tidak melepaskan peluang dalam mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli tersebut serta mendoakan agar urusan mereka seterusnya untuk membina mahligai dipermudahkan.

    Sumber: TikTok @Eiza Ezaty

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here