Puteri Sarah fail cerai? Ira Kazar kekal tenang di media sosial, teruskan hidup

    63

    Nama anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kaza masih hangat meniti di bibir ramai, malah warganet sentiasa menanti dengan perkembangan semasa sekiranya berkongsi apa-apa hantaran di media sosial.

    Terbaharu, perkongsian Ira yang juga isteri kedua pengarah sensasi, Syamsul Yusof sekali lagi menarik perhatian ramai dan dimuat naik semula ke laman TikTok oleh pengguna aplikasi berkenaan.

    Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna dikenali Syahira Ibrahim, Ira dilihat sedang santai menenangkan fikiran meskipun dilanda pelbagai masalah terutama disaman oleh madunya, Puteri Sarah Liyana yang juga seorang pelakon.

    “Ira Kaza juga tenang. Makan-makan, hidup kena teruskan,”tulisnya.

    Hantaran itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata warganet seakan menyindir Ira dengan mengaitkan kisahnya ‘menyondol’ suami orang tanpa perlu ada rasa bersalah kerana sudah memusnahkan kebahagian rumah tangga orang.

    Selain itu, ada juga mengatakan ia hanyalah lakonan semata-mata bagi mengurangkan rasa gundah-gulana di media sosial.

    Takleh keluarkan kenyataan kan, mestilah nampak tenang..
    Malah, ada juga berpendapat hanya itu sahaja boleh dikongsikan oleh Ira memandangkan pihak mahkamah sudah memerintahkan kepadanya agar tidak mengeluarkan sebarang hantaran seperti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform

    Terdahulu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan penceraian setelah empat tahun memendam perasaan.

    Ia disebabkan krisis rumah tangga termasuklah pernikahan pengarah tersohor itu dengan Ira Kazar di Thailand telah mendapat perhatian ramai.

    Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan dan Summayah, 3.

    Sumber: TikTok @syahiraibrahim19

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here