“Santailah, Enjoy Perjalanan Korang. Jangan Stress Tengok Orang Lain Senang..” Suami Fatin Afeefa

    73

    Hampir setiap hari, ada saja kisah mengenai pelakon Fatin Afeefa dan suaminya Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai yang dilihat ‘lantang’ bercerita mengenai kisah peribadinya di media sosial.

    Terbaru, Aliff yang juga seorang usahawan berkongsi satu video di aplikasi TikTok menasihatkan warganet supaya tidak membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.

    Aliff berkata, setiap individu tidak perlu berasa tertekan apabila melihat kejayaan kerana mereka perlu menikmati aturan dan rezeki masing-masing.

    “Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU dengan kehidupan orang lain. Santai laaa.

    “Kau stress tengok orang lain senang pahal? Enjoy je perjalanan korang. Jangan pernah mengeluh dengan penat dan rezeki yang ada,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    Tambah Aliff, dia pernah melalui pengalaman hidup susah namun memilih untuk bersyukur kerana yakin Allah SWT mempunyai perancangan terbaik untuk hambaNya.

    “Aku dulu tak pernah rasa terbeban dengan kehidupan susah. Aku bersyukur gila hidup susah dulu. Sebab waktu susah gila, aku yakin kalau aku percaya pada rezeki, takdir masa hadapan tiada lagi duka lara.

    “Kau kalau asyik comment kat video orang kaya ‘hidup saya sempit. Tolong saya’. Sampai mampus pun hidup kau sempit. Sebab apa? Sebab kau tak percaya pada diri kau sendiri,” katanya.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Aliff selain memberi sindiran sinis bagaimana untuk berjaya menjana pendapatan melalui pelaburan saham.

    Terdahlu, Aliff mengundang kecaman apabila dengan bangga menayang pendapatan diraih dalam seminggu selain mendedahkan bahawa Fatin yang banyak berusaha ‘mengoratnya’ sewaktu bercinta.

    Sumber: TikTok & Instagram Aliff Awang

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here