Banyak kacukan! Sophia AlBarakbah ‘beauty with brain’, siap ada kelulusan bioteknologi

    154

    Sebelum ini, nama Sophia AlBarakbah mungkin kurang dikenali. Namun selepas terbabit kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz, aktres sensasi itu popular mendadak sehingga menjadi bualan netizen setiap hari.

    Pada masa sama, ramai juga tertanya-tanya mengenai latar belakang pelakon berusia 30 tahun itu. Memetik laporan Kosmo! Online, Sophia mempunyai banyak kacukan dengan pelbagai bangsa dan budaya yang berbeza-beza.

    Lebih menarik perhatian apabila seiring dengan kecantikannya, dia turut mempunyai kelulusan pendidikan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.

    View this post on Instagram
    A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)
    “Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.

    “Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut. Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam makmal,” ujarnya

    Pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu kemudian mengambil jurusan dalam bidang dietetik meskipun bercita-cita untuk menjadi veterinar kerana dirinya adalah seorang pencinta haiwan.

    “Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.

    “Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.

    “Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” kongsinya lagi.

    Sumber: Instagram Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa), Instagram Sophia AlBarakbah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here