Tiada Duit Bayar Gaji, BERSATU Mohon SPRM Batal Pembekuan Akaun!

    113

    Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini memohon agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan pembekuan akaun terhadap partinya.

    Muhyiddin berkata, pihaknya akan menulis surat kepada SPRM bagi memohon pembatalan perintah pembekuan akaun bank. Bersatu akan hantar surat hari ini kepada SPRM supaya perintah pembekuan akaun Bersatu ini dapat dibatalkan,”ujarnya.

    Katanya lagi, meskipun siasatan masih dijalankan ketika ini, namun, sekiranya tiada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa selepas disemak SPRM, akaun parti itu tidak perlu dibekukan.

    Tambahnya, pembekuan akaun bank tersebut telah menjejaskan pentadbiran parti berkenaan untuk membayar gaji para pegawai dan sebagainya.

    “Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik, tiada duit nak bayar gaji pentadbiran, bukan untuk sebulan tetapi sepanjang masa.
    “Kalau kata untuk tiga bulan, susah pegawai saya tiada gaji nak maintain pejabat dan sebagainya. Ia memberi kesan kelicinan pengurusan parti untuk negara dalam Perikatan Nasional,”ujarnya lagi.

    Dalam pada itu, beliau sekali lagi menafikan parti dibawah kepimpinannya menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi bernilai RM92.5 bilion seperti didakwa.

    Pada awalnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menyatakan SPRM membeku akaun bank Bersatu sejak dua minggu lalu. Difahamkan, ia dilakukan bagi memudahkan siasatan berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

    Dan, sumber SPRM mendedahkan pembekuan akaun bank berkenaan adalah bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan lebih lebih RM300 juta daripada kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

    Pun begitu, Muhyddin tegas menjelaskan rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion itu dikatakan untuk membendung Covid-19 dan bukannya penyelewengan seperti yang didakwa.

    “Merujuk bank akaun Bersatu dibekukan, saya ingin menegaskan Bersatu tidak menerima sebarang wang daripada dana Pakej Ransangan Ekonomi bernilai RM92.5 billion seperti didakwa sesetengah pihak,”kata Muhyiddin.
    Tegasnya lagi, setiap sumbangan kepada parti itu dimasukkan ke dalam akaun parti dan bukan akaun peribadinya mahupun pegawai Bersatu.

    Sumber: Malaysiakini (Alyaa Alhadjri)

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here