Salah satu menu wajib ada bila tiba musim perayaan. Daging Dendeng perkongsian resipi oleh saudari Putri Bungsu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sangat sedap. Bolehlah hidangkan buat keluarga tercinta. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah – lebih lagi sedap, 1 inci halia
1/2 inci lengkuas, 3 batang serai – lebih lagi sedap, 3 senduk besar cili kisar
1/2 mangkuk kicap – untuk perap bersama daging, 2 senduk kicap lemak manis
1 kg daging – hiris, Minyak masak secukupnya.
CARA MEMASAK:
Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau. Seterusnya masukkan lada kisar. Masak hingga sedikit garing.
Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi. Biarkan daging dengan api kecil @ sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangus di bahagian bawah. Jika kurang rasa, tambahkan kicap. Masak hingga daging menjadi kering. Angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Putri Bungsu