Resipi Puding Jagung Legend, Sukatan Cara Mudah, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

    107

    Bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi ini sudah pastinya membuatkan kita memilih untuk berbuka dengan juadah yang ringkas dan mudah.

    Apa kata kali ini kita hidangkan puding jagung kastard legend untuk keluarga. Paling senang nak buat dengan resipi Muhammad Ali. Wajib cuba!

    Resepi Puding Jagung by Mr. Ali

    Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
    4 cawan air, 1 tin susu cair, 10 gram serbuk agar-agar
    180 g gula, 3 sudu makan tepung custard, 2 sudu makan kordial jagung
    1 tin jagung manis creamy, 1 tin jagung manis ( optional), Satu sudu kecil garam

    Masukkan semua bahan kecuali garam. Kacau sebati dulu semua baru hidupkan api perlahan. Kacau hingga mendidih, dah mendidih biarkan selama 1-2 minit, lepas tu baru tutup api. Masukkan 1 sudu kecil garam dan sebatikan. Sejukkan dalam peti selama 4 jam.

    (agar-agar resepi saya ni memang lembut jadi kena handle hati-hati tau sikit, saya masukkan agar-agar sebab saya tak berapa suka texture kasar bila guna tepung custard banyak, jadi saya kurangkan sikit dan gantikan dengan agar-agar)

    Selamat mencuba semua!

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here