Namun ada diantaranya sudahpun pupus dek kerana ramai generasi sekarang lebih memilih hidangan moden.
Contohnya dodol. Jika dahulu, setiap kali bertandang ke rumah saudara mara ataupun rakan taulan, pasti dodol akan turut dihidangkan sebagai pemanis selain kuih muih. Namun sekarang ada yang mengatakan, proses pembuatan dodol tersebut yang membuatkan mereka malas untuk meneruskan tradisi ini.
Walaupun ianya boleh dibeli, tidak sama dengan acara gotong royong yang dianjurkan setiap keluarga untuk membuat makanan tradisional ini. Malah mungkin anak-anak muda dan generasi seterusnya akan kurang mengenalinya.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi cara membuat dodol dengan menggunakan breadmaker. Paling menyeronokkan, ianya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk siap.
Resipi Dodol Tradisional Menggunakan Breadmaker
Sambil masak untuk berbuka petang tadi sempat la buat dodol sikit. Guna breadmaker je senang kerja. Saya guna santan fresh yang pekat. Alhamdulillah dodol jadi kilat berminyak hasil daripada santan asli.
Air gula:
-2 ketul gula melaka (anggaran 250g), 500g gula merah (yang hancur), 2 helai daun pandan, 500ml air
Bahan Lain:
500ml santan segar yg pekat atau 1 kotak kecil santan kotak Kara + air utk cukupkan 500ml, 500g tepung pulut, Sikit garam, 5 sudu besar gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lg 2 sudu besar), 1 sudu besar minyak masak kalau guna santan kotak
Cara-caranya:
1. Masakkan bahan untuk air gula sampai semua gula larut. Sejukkan dan tapis masuk dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan lain dalam mangkuk. Kacau-kacau semuanya supaya sebati. Kisar adunan kejap supaya tepung tak bergentel.
3. Tapiskan bahan yang dikisar masuk dalam breadmaker tin.
4. Tutup breadmaker dan tekan menu jem. Biarkan sampai selesai. Lepas tu tekan lagi sekali menu jem (3 round menu jem berjalan)
5. Sejukkan sekejap sebelum angkat tin daripada breadmaker. Hati-hati sebab tin akan jadi terlalu panas ye. Selamat mencuba!
Sumber: Azie Surip